Menikmati hidangan dari air tangan ibu nyata mewujudkan perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Walau kadang menu yang disediakan mudah, namun ini menjadi hidangan paling enak buat anak-anak. Apa kata kali ini anda tukar selera untuk anak-anak dengan tiga jenis masakan ini...






Sambal Sotong

Bahan – bahan:
½ kilo sotong kering (dipotong nipis)
*sotong direndam dahulu selama 4jam
1 mangkuk kacang tanah (dikisar halus)
2 senduk bawang merah
¼ senduk bawang putih
1 mangkuk cili kering (dikisar halus)
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuat:
1. Tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sebati.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan kacang tanah dan air asam jawa. Kacau garing.
5. Masukkan sotong. Tunggu hingga 10 minit.
6. Tutup api dan hidang.



Sambal Bilis Goreng Bersama Petai

Bahan-Bahan:

1 mangkuk ikan bilis (dikopek)
½ mangkuk isi petai (dipotong hiris bersama kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 biji bawang putih (dikisar kasar)
15 tangkai cili kering (direbus dan dikisar halus)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa

Cara membuat:
1. Cuci ikan bilis dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Asingkan bilis goreng.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kuning.
5. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi.
6. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Gaul sehingga sebati.
7. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi bersama petai
8. Gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Ikan Cencaru Goreng Sambal

Bahan – bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 inci halia (dikisar kasar)
1 inci kunyit hidup (dikisar kasar)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 ulas bawang putih (dikisar kasar)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 mangkuk cili kering (dikisar)
Garam, gula dan perisa
Sedikit air asam jawa

Cara membuat:
1. Goreng ikan cencaru hingga garing.
2. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kering dan gaul sebati.
3. Masukkan garam, gula dan perisa.
4. Tuang air asam jawa. Biarkan kuah memekat sedikit.
5. Masukkan ikan dan tunggu 5 minit.
6. Angkat dan hidang.
mingguan wanita