Khamis, 12 Februari 2015

Sebab Wanita Cemburu

Apa itu cemburu? Cemburu adalah sebahagian dari  rasa atau perasaan ( a feeling, not a taste) yang merupakan dari emosi negatif pada manusia. Bukan sahaja pada wanita tetapi juga ada pada lelaki. Ada cemburu yang negetif dan ada juga yang positif. Tapi kali ini kita lihat mengapa wanita mudah cemburu pada pasangannya tidak kira sedang bercinta atau sudah berkahwin. Sekadar berkongsi !!

Sifat semulajadi
Memang sejak azali wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan. Jadi kena belai hati mereka agak tidak terguris.



Tidak suka berkongsi ( sharing is not caring )
Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi poligami kasih dengan 3 lagi wanita. Jadi jika anda sudah berkahwin, wanita akan mengaggap anda adalah hak dia seorang.

Rasa tergugat
Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.

Terlalu sayang
Betul ke Cemburu tanda sayang. Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.
sebab wanita cemburu
10 sebab wanita cemburu

Tak suka dibandingkan
Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Jadi elakkan banding-banding pasangan anda walaupun dengan artis sekalipun kecuali anda kata dia lebih hebat dari orang tu..puji tak per kot.
Lelaki Gatal
Jika cemburu tidak bertempat tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu. Jadi jaga sikap anda.


Minta perhatian
Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!

Tidak suka persaingan
Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.

Takut kehilangan
Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.

Kesetiaan tidak dihargai
Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.
Bukan sahaja wanita kuat cemburu, lelaki pun sama juga rasanya. Tak percaya cuba pasangan anda yang buat perkara diatas, confirm cemburu punyalah abang-abang sado semua.
 mysensasi.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...