Jumaat, 31 Januari 2014

Sifat Mazmumah (Tercela)

Okey lah, ari nih nak berkongsi sifat Mazmumah (tercela).. Pastinya kita tak mahu tergolong dalam sifat nih kan..Jom baca artikel kat bawah nih..
 
http://izzeyda-info.blogspot.com/

Gambar Terkini Anak Ustaz Don

Inilah dia gambar terkini anak kepada penceramah dan personaliti tv al Hijrah, Ustaz Don Daniyal dengan isterinya Husna yang kini berusia sekitar 3 minggu. Gambar terbaru ini dikongsikan oleh Ustaz Don di dalam laman sosial Facebook miliknya. Namany anak lelaki mereka ini adalah Don Mustofa.


Kenapa Wanita Suka Membebel, Macam Donal Duck

Salam guys, Tahu tak perempuan ni suka membebel kenapa? Haa laki pasti binggung ngan persoalan ni sebab taktau kan. Am sendiri pun tak tahu sebabnya jadi yang jenis taktau tu boleh la godek entri kat bawah nie. Bukan apa taknak la lepas nie bila pompuan membebel je kata rimas, bising lah macam donal duck la. Jadi apa perlu kita buat kalau dengar je pasangan korang yang jenis suka membebel. Wanita pasti punyai sebab sendiri kenapa dyeorang jadi macam tu kan..kan..kan? Kita ni spesis lelaki nak ke taknak perlu la terima pasangan kita bukan menyindir tapi FAHAMI JIWA DAN PERASAAN mereka.
membebel
 

Resepi - Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam biasalah kalau resepi mak, takde sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn mak punya. Kali ni saya kopipes dari Cikgu Zana yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang. Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah sejuk..tetap lembut.


Kait Baju & Topi Guna Rambut Sendiri ( Kreatif dan Jimat)

Kait Baju & Topi Guna Rambut Sendiri Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.


Kait Baju & Topi Guna Rambut Sendiri

Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya.


Empat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air

 kes pukul anak tidak solat sweden
Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.

Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7,berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas pulang.


Khamis, 30 Januari 2014

Jenis-jenis Phobia

Phobia. Ape itu phobia? Mengikut ape yang telor copy paste dari wikipedia, phobia adalah ketakutan yang berterusan terhadap sesebuah objek atau sesebuah situasi.

Jom kita tengok 25 jenis phobia. Fuh!! Nasib baik telor tak ade phobia Venustraphobia. Kalau tak, rugi telor jadi lelaki hensem. Haha..



Rahsia Penciptaan Buah Delima


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 
Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Mengasyikkan

Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa. Pada zaman dahulu Shirakawa-go merupakan kawasan yang terpencil, kerana lokasinya dikelilingi pergunungan dan sukar untuk sampai. Pada musim sejuk, akses jalan menuju daerah ini tertutup salji dengan ketebalan hingga 5 meter.
 

Petua Isteri Sentiasa Cantik~

Sumber:fb
Wahai, para isteri jom amalkan... Pikat en.suami masing-masing ea...Wahai, en.suami beritahu isteri mu... Suruh dia amalkan ini... Supaya dia sentiasa cantik di matamu.
 http://myfirdz-trulylove.

14 Cara Rasulullah SAW Mendidik Anak Anak.


Peringatan untuk diri sendiri juga. Nak jadi sebaik Rasulullah SAW dalam mendidik anak2 taktau la lepas tak. Tapi masih berusaha untuk menjadi ibu yang baik untuk anak2. Insyaallah. Jom la baca tips Rasulullah SAW mendidik anak2. Semoga bermanfaat ye.
 

Ketahui Lokasi Tempat Sujud Jibrail Dalam Kaabah


-Tempat Sujud Jibril a.s.

 Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Ka’abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Isra’ Mikraj.
 

Rabu, 29 Januari 2014

Air Mata 3 Solat

Sumber: google
Jangan bazirkan air mata kurniaan Allah...
Jadikan air mata kita juga sebagai ibadah...
Tangislah tapi biar kena pada tempafnya...
Supaya ianya tidak.sia-sia...
Renungan bersama...Jom amalkan bersama.
 myfirdz-trulylove.blogspot

Akhir Zaman: Laporan terbaru Sungai Euphrates semakin kering

A view of the Tigris River

Penyelidikan baru menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah rizab air bawah tanah di Sungai Tigris dan Euphrates lembangan sungai.

The New York Times menerbitkan sebuah laporan mengenai penyelidikan yang dijalankan oleh NASA dan University of California, Irvine pada sistem sungai di Timur Tengah.

"Ahli-ahli sains mendapati dalam tempoh tujuh tahun bermula pada tahun 2003. di bahagian Turki, Syria, Iraq dan Iran di sepanjang Sungai Tigris dan Euphrates lembangan sungai hilang 117 juta kaki ekar (144 kilometer padu) daripada jumlah air tawar yang disimpan," NASA dan Universiti California, Irvine berkata dalam satu kenyataan akhbar.
 

7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah


http://destinasisangjuang.files.wordpress.com/2011/02/3193026583_cc8e543a001.jpg
Hikmah  Di Sebalik Ujian Allah (Source)

Ujian Allah

Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka. 
 

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi

 

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi | Republik terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta. Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat kembali bertugas. Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat atau indikasi mengenai pemecatannya itu.
 

Lagenda dan Mitos Kisah ‘Pembuangan/Pembunuhan Bayi’

Sejak kebelakangan ini, kes buang bayi semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari dikejutkan dengan penemuaan bayi yang dibuang di tong sampah, masjid dan surau. Malah yang lebih memeritkan apabila banyak di antara penemuaan bayi yang dibuang adalah sekujur mayat yang kaku. Hati mana yang boleh tahan apabila melihat manusia berperlakuan bak binatang. Binatang pun pandai menjaga anak-anaknya.

Baru-baru ini, Kerajaan melaungkan nada tegasnya dengan mengarahkan persalah yang membuang bayi wajib dibicarakan di bawah Seksyen 302 dan 304 Kanun Keseksaan yang boleh membawa gantung sampai mati jika sabit bersalah. Sebelum ini, ‘binatang-binatang’ ini hanya dibicara di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak yang mana jika sabit bersalah akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda maksimum sebanyak RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali. Apa yang boleh pembaca rasakan, hukuman gantung adalah memang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Ini berdasarkan firman Allah swt:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”. 

Siapakah Wanita Cantik ?

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Kisah Benar Model Antarabangsa Aliza Kim Memeluk Islam

 
aliza kim islam
Aliza Kim, seorang model antarabangsa berbangsa Thai-Amerika mengisytiharkan keislamannya di FB beliau pada 1 Januari lalu. Seorang siswazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa, beliau mula bekerja di AS dan seterusnya di Thailand selama dua tahun dan menyertai pertandingan ratu cantik Thailand, menceburi iklan komersial dan drama TV yang membawanya ke Malaysia. Ikuti kisah perjalanan hidayah beliau yang menyentuh hati.

Saya telah melihat halaman kosong ini (FB) sekurang-kurangnya 20 minit, memikirkan bagaimana saya harus mulakan cerita yang ingin saya beritahu anda. Saya telah memikirkan kandungannya untuk beberapa hari – sebenarnya untuk beberapa bulan – tetapi tidak menemui cara yang memuaskan untuk saya mulakan. Jadi, saya rasa saya hanya mulakan dengan memperkenalkan diri saya.
 

Selasa, 28 Januari 2014

Kesan .....Tidur Menghadap Kipas Angin

Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.
 

Volkswagen Polo 1.6 hatchback CKD dilancarkan

20140128-002037.jpg
Volkswagen Group Malaysia telah melancarkan secara rasminya model Volkswagen Polo 1.6 2014 (hatch) pemasangan tempatan (CKD). Model yang sebelum ini pernah dipertontonkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2013).

Volkswagen Polo 1.6 hacthback CKD sudah boleh didapati di bilik-bilik pameran Volkswagen seluruh negara dengan harga RM87,888 (tidak termasuk insurans). Harga tersebut lebih tinggi berbanding Polo Sedan CKD sebanyak RM3,000, yang mana telah dilancarkan hujung tahun lepas. Kepada 500 kereta pertama, Volkswagen menawarkan harga istimewa sempena pelancaran, RM85,888.
 

Kereta Lumba McLaren F1 Tahun 2014 Dengan Hidung Pinocchio

What?

Musim F1 2013 ialah musim yang ingin dilupakan McLaren F1. Pertama kali sejak 1980 mereka gagal untuk menempatkan diri di podium dan pertama kali sejak 2006 gagal memenangi perlumbaan. Kenderaan MP4- 28 sangat tidak kompetetif dan McLaren mengakhiri musim 2013 di tempat ke 5. Tahun ni mereka berharap rekaan baru dan drastik MP4-29 akan membawa nasib yang lebih baik. Perkara pertama yang anda sedari tentang rekaan terkini kenderaan in ialah ia mempunyai hidung yang aneh. Ianya seakan-akan hidung Pinocchio! If you do a Google search right now you will definitely see a the RULE #34 of the nosecone now. Don't do it!


Padang Pasir Yang Menawan Tetapi Boleh Membawa Maut



 
Padang Pasir Yang Menawan Tetapi Boleh Membawa Maut | Namibia mempunyai padang pasir yang besar dan cantik. Terdapat juga banyak gumuk pasir yang mencapai beribu-ribu kaki tinggi. Pemandangan yang dapat membuat pengembara seolah-olah dalam dunia lain.

Tetapi, terdapat Paya yang paling berbahaya di dunia di sini! Di mana pengembara yang tidak suka untuk melihat padang pasir. Hamparan pasir coklat terbentang sejauh mata memandang dan menjanjikan pengembaraan yang menarik di sisi.


Keindahan Dunia Dari Pandangan Mata Seekor Burung Di Udara

Alam ciptaan tuhan ini memang tersangatlah indahnya, tak kira jika di pandang dari sudut mana sekali pon pasti ada keunikan dan keindahannya sendiri. Kami di cisdel.com memang gemar untuk kongsikan gambar keindahan alam yang terbentang luas ini, dalam post ini kami nak tambahkan satu lagi koleksi gambar keindahan alam untuk tatapan anda. Kali ini kami nak kongsikan pula gambar keindahan dunia dari pandangan mata seekor burung yang terbang bebas di udara. Jom kita tengok.

howard-lau-bird-eyes-1 
 burung terbang
 

Lawak Pak Pandir Moden Yang Serius Menggeletek... bah 11

7. Pak Pandir naik kapal terbang
Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".


Resepi - Kek Minyak Kukus ( Mudah dan Sedap)

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman yang singgah sini.

apa macam..gebussss tak..
 
 

Tips Memilih Katering Perkahwinan

Assalamualaikum,
Penyediaan makanan untuk tetamu adalah salah satu perkara penting untuk majlis perkahwinan. Di zaman kini kebanyakan orang lebih senang menggunakan perkhidmatan katering. Memilih katering perkahwinan yang berkualiti adalah penting. 
Memilih Katering Perkahwinan
Memilih Katering Perkahwinan (Gambar hiasan) - neomanforce.blog.com
 

Berapa Banyak Kecantikan Yang Kamu Ada?

Cantik. Sebuah sebutan ataupun perkataan kehormatan bagi seorang wanita. Kecantikan adalah nilai tambah yang mampu membuatkan seseorang wanita itu lebih berharga. Namun, untuk mendapatkan kecantikan tersebut memerlukan usaha, kekuatan niat dan kesungguhan hati.

Kecantikan bagaimana yang diingini??

 

Makna Berhijab (Khas Untuk Wanita)


Makna Berhijab | Maksud hijab adalah kain yang menutupi bahagian kepala muslimah bagi menutup aurat. Melihat pengertian hijab, begitu ringkas dan mudah difahami serta memperlihatkan kewajipan umat islam khususnya kaum hawa ,supaya menutup aurat.Tidak dapat dinafikan lagi muslimah pada hari ini sudah mula untuk berjinak-jinak dengan mengenakan hijab atau tudung sebagai melengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Lihat sahaja selebriti tanah air yang sudah mula berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik berlandaskan syariat islam dengan mengenakan tudung semasa menghadiri sesuatu majlis dan juga dimana sahaja.

5 Perkara yang wajib kita renungkan

Udo’s Photos

Isnin, 27 Januari 2014

Keunikan Rumah Tradisional di Iran Dicipta Seakan Peti Sejuk.


Suku-suku kaum Parsi zaman dulu rupa-rupanya telah melaksanakan prinsip peti sejuk. Mereka telah mencipta rumah 'peti sejuk' yang boleh menyimpan ais yang boleh bertahan hingga setahun lamanya.

Sebenarnya tidak hanya orang-orang suku Parsi (sekarang Iran) yang melakukan hal tersebut, orang-orang di  Eropah dan India juga melakukan perkara yang sama.
 

Tentera Uthmanitah menikmati makanan segar di barisan hadapan medan perang

Sebuah dapur zaman Empayar Uthmaniyah yang sederhana lengkap dengan oven bata ditemui sebagai sebahagian daripada kajian Gallipoli selama lima tahun yang terbaru berkaitan kehidupan ekstrem di medan perang tahun 1915.

Pada ketika tentera bersekutu makan daging lembu dan makanan tin dan olahan lain, tentera lawan dari Turki sedang makan produk segar yang disediakan di sebuah dapur bertingkat.

Fakta.....Kenapa Kita Perlu Berlari....


http://carabundoranrun.com/wp-content/uploads/2014/01/15-Reasons-to-Run.jpg
15 Sebab Kenapa Perlu Berlari Atau Berjogging  
 

Keindahan Musim Bunga Sakura di Putrajaya, Musim Bunga Diluar Musim

Untuk melihat musim bunga Sakura di Jepun mungkin adalah terlalu jauh, malah mungkin terlalu mahal bagi sesetengah dari kita. Kini, anda tidak perlu lagi pergi jauh untuk menyaksikan semua itu, kerana semuanya kini berada di Malaysia.
 
 
 

Kisah benar persahabatan kanak-kanak ini akan buatkan anda terharu

Memang benar pepatah ini, kawan ketawa memang senang didapati..tapi kawan untuk menangis memang sukar ditemui. Umpama sebutir mutiara dalam sejuta pasir di tepi pantai. Kekadang, kita sebagai orang dewasa ini perlu belajar dari cara kanak-kanak bersahabat. Kisah benar persahabatan antara Zac dan Vincent ini pasti akan buatkan anda terharu.
Zac Gossage merupakan seorang kanak-kanak malang yang menghidap penyakit lymphoblastic leukemia, satu penyakit kanser yang melanda sel darah putih.
 
 

Lawak Pak Pandir Moden Yang Serius Menggeletek... Bah 1

Pak pandir memang terkenal dengan kedunguannya...kerana kelurusannyer.. watak pak pandir itulah yang sering digambarkan dalam masyarakat.. dan dijadikan bahan ketawa dan serba sedikit mengajar tentang realiti kehidupan yang penuh onak dan duri...


Tak nak citer banyak jom kita selongkar aja koleksi terbaik Lawak Pak Pandir moden yang bakal menggeletek hari anda... ;) smilee skit

Resepi - Koay Teow Kungfu

 KOAY TEOW KUNGFU

Bahan A
500g koay teow - dibahagi kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5 biji telur


Kenali Logo Halal Yang Tidak Lagi Sah Mulai Jan 2014..

Ramai lagi dikalangan kita masih keliru dengan logo halal dan sijil halal yang sah serta diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu dalam eposid kali ini HANYA HALAL akan mengupas dan menjelaskan kekeliruan tersebut supaya masyarakat tidak terpedaya dan teraniaya.
 
   
 
 

Tips Rumahtangga : Isteri Bergaji Lebih Tinggi Dari Suami?

Beberapa hari lepas, terpana saya seketika mendengar sayu ceramah di kaca tv. Ceramah yang bertajuk “Mencari pasangan hidup” itu pada awalnya saya dengar hanya dengan ekor telinga sambil-sambil menyiapkan kerja di dapur. Tapi saya sangat terpanggil apabila terdengar, satu ucapan yang disebut Ustaz tersebut. ”Carilah suami yang bergaji lebih tinggi dari kita, barulah sekufu namanya. Begitu banyak kes perceraian melibatkan hal wang ringgit berlaku di kalangan masyarakat kita masa kini. Ramai isteri-isteri yang sudah bertahun berkahwin, meminta perceraian atas sebab si suami tidak memberi nafkah yang secukupnya dan si isteri perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga”

Mendengar kata-kata ustaz itu, saya menjadi sedikit terasa hati dan juga marah. Kenapa? Kerana realitinya pada zaman ini sememangnya wanita lebih ramai berkelulusan tinggi dari lelaki. Dan dimanakah wanita-wanita bekerjaya dan bergaji lebih besar ini ingin mencari lelaki yang “setaraf” denganya, walhal golongan lelaki sebegini amat kecil jumlahnya.
 

Rasuah antara punca merebaknya jenayah maksiat

Kita sering disajikan dengan pelbagai masalah sosial yang semakin hari kian meruncing dan membimbangkan. Bukan saja masalah sosial, tetapi juga pelbagai gejala kurang sihat yang semakin membelenggu masyarakat.

Jika dibelek kebanyakan akhbar setiap hari, pasti ada saja berita kurang enak yang dilaporkan.

Akhir ini kita disajikan dengan berita serbuan demi serbuan terhadap premis urut atau pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menjadikan tempat mereka sebagai sarang maksiat.
Peliknya, semakin giat penguat-kuasaan dilakukan, semakin banyak rumah urut dibuka. Malah, rumah urut lebih banyak dibuka berbanding kedai runcit di sesetengah tempat.

Ahad, 26 Januari 2014

6 Pesanan Iman Ghazali



Reaksi Tubuh Terhadap Asap Rokok ( Perlu baca)

Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 50 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok.



0-10 saat Pertama

Pada hisapan pertama, asap rokok akan masuk ke mulut dan meninggalkan lapisan coklat tipis di gigi. Gas bersifat toksik seperti formalin dan amonia yang disedut akan membuat sistem imun menjadi aktif sehingga terjadi keradangan.


Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014.

Menurut pengumuman dalam portal rasmi kementerian berkenaan, skim itu akan berkuat kuasa Ahad ini (26 Jan) sehingga 9 Feb.


Kenali Pokok Yang Didakwa Paling Beracun Di Dunia


Pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records . Kerana berbahaya , pokok ini diberi papan peringatan yang ketara agar orang tidak menghampiri .

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga digalakkan untuk menjaga jarak dengan pokok itu . Buahnya mirip epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tak hairan buah itu dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .
 

Lelaki, inilah 3 petanda wanita dah mula jatuh hati!

Selain lelaki yang selalu ego untuk meluahkan perasaan cinta, wanita juga mempunyai masalah yang hampir sama untuk meluahkan perasaan cinta iaitu malu. Ada tiga cara untuk mengetahui sama ada wanita itu telah jatuh cinta pada kamu atau tidak.
Wanita Jatuh Cinta 
Cara Pertama: Lihat mukanya apabila berhadapan dengan kamu.
Wanita selalunya malu apabila berhadapan dengan lelaki yang dia suka. Apabila kamu lihat mukanya kemerahan-merahan menahan malu, itu bukti dia suka pada kamu. Dia juga kelihatan lega dan gembira apabila melihat kamu berada dekat dengannya.
 

Fakta - Asal Usul Bekas Tapak Kaki (Maqam) Nabi Ibrahim A.S

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.



Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

10 Perkara Yang Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 
 

Jumaat, 24 Januari 2014

Menahan Kemarahan Dan Sabar Memaafkan

Dari Ibnu Amru ra. :
“Bahawasanya dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Apa yang mencegahku  dari kemurkaan Allah SWT?’ Baginda menjawab: ‘Jangan marah’.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, dinilai Hasan oleh Albani)
Ada orang menganggap sabar itu berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Bagi sesetengah yang lain, mereka bersabar apabila menghadapi gangguan daripada orang lain. Menahan diri daripada membalas semula. Semua itu termasuk sebagai sabar.

Sabar punya pengertian yang luas. Ada sabar dalam perjuangan melakukan perintah. Ada sabar dalam perjuangan melawan sikap malas, penakut, kedekut dan bacul. Perjuangan itu memerlukan kesabaran. Manakala kesabaran itu pula memerlukan kekuatan. Termasuk di dalam tuntutan kesabaran adalah bersabar dan memaafkan orang yang melakukan perbuatan kasar kepada kita.


Batang Tenggorok Bukti Kuasa Allah


tenggorok
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, وصلاة والسلام على أشرف المرسلين. أما بعد :
Struktur tenggorokan adalah contoh dari sistem yang sempurna dalam tubuh manusia.

Dinding tenggorokan didukung oleh C-tulang rawan berbentuk cincin. Hal ini memungkinkan pergerakan ke arah yang berbeda.


Rumah yang penuh dengan CCTV

Di Madrid Sepanyol, terdapat sebuah rumah telah dipasang dengan 150 buah CCTV. Mak aii.. Bnyknya CCTV. Mesti owner rumah nie seorang yang paranoid. Semua benda nak dimonitornya. Hahaha..

Okey. Telor tipu aje yang tue. Hehehe. Sebenarnya, rumah yang banyak replika CCTV ini adelah karya seni terbaru dari SpY yang bertajuk "Cameras". Moh kita tengok.


 
 

Info - Masalah Pendarahan Hidung Kalangan Kanak Kanak|Faktor Dan Rawatan


berdarah Masalah pendarahan hidung atau epistaxsis dalam kalangan kanak-kanak lazimnya tidak serius. Dalam kebanyakan kes, pendarahan berhenti dengan sendiri, tetapi ia sering menimbulkan kerisauan ibu bapa atau penjaga.


Epistaxsis kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun yang sering berlaku secara tiba-tiba dan berulang.
Namun, pendarahan hidung perlu dipandang serius kerana bimbang sekiranya ia memberi petanda penyakit lain yang lebih kronik.

Hidung berdarah boleh disebabkan pelbagai penyakit termasuk penyakit hidung, sinus, darah tinggi, demam denggi dan penyakit darah.


Snoopy: Kucing Comel yang Pandai Bergaya

Masih ingat dengan kucing comel pakai topi tembikai yang pernah kami kongsikan dulu? Setelah beberapa lama mencari akhirnya kami dapat tahu juga identiti kucing berkenaan. Kucing comel itu bernama Snoopy dan berasal dari China. Post ini kami akan kongsikan lebih banyak lagi gambar-gambar comel Snoopy beraksi dengan pelbagai kostum dan topi yang menarik. Geram je tengok gelagat comel snoopy ni siap buat muka kesian bagai hehe.


 
Fashionable Looks Worn By Snoopy The Cat
hai! saya snoopy kucing yang comel hehe
 
 

Fakta - Cuti Bersalin : Negara Mana Yang Paling Peduli Tentang IBU?

Di Malaysia cuti bersalin 90 hari gaji berbayar. Bapa boleh bercuti maybe 5 days. Itupun kalau company baik hati. Yang cuti 2 hari sahajapun ada. Anymore than that kena tolak annual leave. Mari bezakan Malaysia dengan negara-negara lain dunia. Anak dah keluar nanti boleh work and still with the kid. Paling power Vietnam. Negara kapir komunis laknat paling jaga kebajikan rupanya!
 

Kenali Komiko Oosugi, Adalah Si Penyanyi Asal Lagu Doraemon

Anda masih ingat tak macam mana bunyinya lagu Doraemon yang biasanya kedengaran sebelum dan selepas kartun Doraemon? Tahukah anda siapakah penyanyi asal lagu ini? Penyanyi asal lagu Doraemon ialah Komiko Oosugi.
 Komiko Oosugi


KISAH SEDEKAH HARI JUMAAT

Assalamualaikum..


Hanya sekadar untuk share kisah pendek kat sini..


Firman Allah SWT,

"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

( Surah Ar-Rum : 39 )


Seorang anak muda duduk dlm masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yg ditolak ke arahnya...Dia membuka dompet memilih2 duit..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...